NAJIB- YOU’RE CHECK MATE
Anwar mula menyusun langkah dan bergerak pantas untuk menggasak dan mengekang pergerakan Pekan boy Najib Razak. Simentor kepada sidajal Khairy ini yang mula memperkenalkan teori konspirasi itu,sekarang pula berkonspirasi bersama perantisnya si dajal Khairy melalui Abdullah Badawi untuk mengepung dan seterusnya melenyapkan si Najib dari kerusi TPM dan gelanggang UMNO untuk selama-lamanya.
Anwar yang telah termaktub sebagai munafik tegar dan mempunyai sifat dendam kesumat tidak mungkin berdiam diri dalam menjayakan cita-citanya menduduki kerusi PERDANA MENTERI. Tidak ada apa yang ditakuti oleh si Anwar ini walaupun TUHAN hanya Mahathir setakat ini yang dapat merencatkan cita-citanya buat sementara.
Sekarang jalan telah terbuka luas dan peluang telah terbentang hanya sentuhan terakhir sahaja yang menanti. Sentuhan terakhir pula haruslah secara penuh berhemah agar tidak mencacatkan peribadi si sheikh yang pernah disabitkan dengan perilaku menjijikkan ( peliwat ) sebagai mana yang dinyatakan oleh bekas PM Dr.Mahathir. Sekarang si sheikh telah bebas secara teknikal kerana pihak pendakwa tidak dapat menyatakan tarikh tepat berlakunya kejadian liwat tersebut walau pun terdapat bukti-bukti sahih yang melampaui keraguan untuk disabitkan bersalah. Oleh itu mahkamah melepaskan beliau atas alasan teknikal walau pun mahkamah yakin beliau ada melakukan aktiviti-aktiviti meliwat itu.
Walau pun begitu Anwar tanpa rasa malu dan jemu telah mewar-warkan kesucian dan keterunaannya kepada sekalian rakyat jelata dengan menjelajah seluruh negara kerana beliau yakin dan percaya dengan teori Mahathir bahawa Melayu Itu Mudah Lupa dan itulah hakikatnya.
Najib yang begitu naif kerana tidak pernah teruji digelanggang jati politik sebenarnya telah terjerat atas kealpaan sendiri. Stretegi Najib bersandarkan kepada kesetiaan segala titah patik junjung sebenarnya memakan diri kerana tahap kesetiaanya sendiri diragui oleh tuannya Abdullah Badawi. Falsafah Mahathir yang diguna pakai oleh Najib bahawa “pemimpin bukan sahaja harus bersih tetapi harus juga kelihatan bersih” juga tidak lagi boleh menjadi tangkal pendinding.
Serangan Anwar yang menghubung kaitkan Najib dalam kes pembunuhan model Monggolia Altantuya adalah bukti nyata dan Najib pasti akan terpalit dengannya.Najib diberitakan pernah memohon pertolongan Mahathir diTokyo tetapi hampa kerana Mahathir telah terluka dan menjeruk rasa. Oleh itu dalam permainan catur politik sekarang Najib bolehlah dikatakan telah CHECK MATE.
3 Comments:
Check Mate ke Open Check? If Najib stay at his position I think he will be fine. Any other steps, mati.
Aku tak pikir Anwar tu peliwat...yg lain mungkin...aku tak setuju 80% komen kamu...kamu seolah-olah amat percaya dakyah atau propaganda bahawa Anwar itu peliwat..hanya berdasarkan bukti2 yg pastinya direka oleh UMNO era tun kamu telah percaya semua itu...apa bagusnya Najib tu...yg pastinya sesiapa yg menggantikannya aku tak kisah...asalkan najib & family takde dlm kerajaan lagi..begitu juga Pakbodolah dan KJ...mungkin KJ masih menganggap Anwar mentornya...tapi harus diingat KJ mungkin juga batu loncatan Anwar sahaja...KJ walaupun graduate Harvard tetapi dia pastinya belum cukup masak dgn politik Malaysia...Anwar lebih bijak berpolitik selepas Tun...tiada calon lain sebenarnya yg layak buat masa nie utk mengatasi pemikiran tun melainkan Anwar...Anwar pernah dipenjarakan ...sudah pasti beliau lebih memahami kesusahan rakyat kerana dengan sokongan rakyat jugalah beliau boleh bangkit semula dgn mudah...
ghostrider
aku setuju dgn hang..najib memang tak layak langsung jadi pm,tapi bekas ahli ahli umno tak kira siapa termasuk anwar dah tak leh pakai.
Post a Comment
<< Home