MAHATHIR-THE INNOCENT MENTOR ( Part 1)
Mahathir boleh dikatakan sebagai penentu atau de facto dalam segala konflik bersegi-segi politik dinegara ini. Mahathir adalah mentor dan mahaguru yang telah melahirkan perantis-perantis seperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim, tetapi sayang Mahathir adalah mentor yang teraniaya dimana kebanyakan dari perantisnya telah memilih jalan gelap dan telah bertukar watak menjadi seperti Dark Vader. Perantis-perantisnya telah tidak dapat menghayati jiwa dan roh perjuangan simentor ,mereka bingung dan kehairanan kenapakah mentor mereka itu amat kuat bekerja dan begitu fokus terhadap matlamat dan arah tuju dalam membawa negara supaya berdiri sama tinggi dan sama tegap dengan mana-mana negara maju lain didunia ini.
Perantis-perantis itu terlopong melihat mentor mereka yang telah mendekati usia senja itu begitu bertenaga tanpa kenal lelah dan cungap demi menjayakan cita-cita wawasannya untuk menjadikan negara,bangsa dan agama agar mempunyai maruah dan jiwa merdeka.
Mereka begitu hairan kenapa mentor mereka itu tidak gelojoh dalam membaham dan meratah segala hasil mashul negara walhal segala kuasa ada ditangan dan segala jalan kearah itu terbentang luas. Mereka merasa begitu pelik dan begitu juak bila kaum kerabat mentor mereka tidak pula mengambil peluang melilit dan melobi untuk mengayakan diri dan kroni lebih-lebih lagi diri mereka sendiri dikawal oleh simentor dengan slogan “bersih, cekap dan amanah,” Penerapan nilai-nilai Islam, Pemimpin bukan saja harus bersih tetapi juga harus kelihatan bersih dan banyak lagi kod etika yang menjadi amalan simentor dan wajib diikuti oleh siperantis.
Dari perasaan pelik dan ajaib telah bercambah pula perasaan dengki khianat kedalam diri perantis seperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim. Mereka begitu dengki dan sakit hati bila segala rakyat jelata dari segenap lapisan begitu menyanjungi dan menyayangi mentor mereka itu.Tetapi segala puji-pujian itu tidak pula menjadikan kepala simentor besar dan kembang dan menjadi lupa daratan sebaliknya simentor menjadikan tugas dan jawatan PERDANA MENTERI sebagai amanah yang berat yang akan ditanya oleh MAHA PENCIPTA dan tidak pernah sekali terkeluar dari mulutnya “SAYA ADALAH PERDANA MENTERI” sebagai hebahan dan amaran tersirat kepada rakyat jelata sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun.
Atas dasar memegang amanah inilah maka simentor begitu berani memperkenalkan segala dasar yang difikirkan berguna dan bermanafaat kepada sekalian rakyat. Oleh kerana simentor mempunyai pandangan dan fikiran yang mendahului zamannya (kerana beliau seorang pemikir dan banyak membaca), maka banyaklah idea dan gagasannya mendapat tentangan pada mulanya tetapi dengan sabar dan bijaksana beliau menerangkan dan menjelaskan dan akhirnya membuktikan kebenaran dan kebaikan wawasan beliau. Apabila diakui kejayaan dan kebijaksanaan idea-ideanya oleh kawan dan lawan baik didalam dan di luar negara,tidak pula beliau dengan megah berkata bahawa semua itu adalah “semata-mata idea saya dan bukan idea orang lain” sebagaimana yang diucapkan oleh Abdullah Badawi semasa melancarkan SJER.
1 Comments:
Kat malaysia ni aku slut dgn Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Tun sahaja...diorg ni ada kelebihan dan kekurangan masing2 itu lumrah dan fitrah manusia....sekurang-kurangnya mereka ada peranan masing2...Pak bodolah sorry...ko tak masuk 'book' hahahaha
Najib lagi la...lebih baik ko duduk penjara je lepas ni...
Post a Comment
<< Home