Wednesday, February 14, 2007

ABDULLAH BADAWI - LORD OF THE LIAR



Malu,sungguh malu dan memalukan… itulah kata-kata yang mampu diucapkan oleh kita rakyat marhaen terhadap segala tindakan dan tutur kata yang telah dilakukan oleh PM Abdullah Badawi.Sudah tidak terbilang lagi onar yang mencoreng arang kemuka rakyat disebabkan tingkah laku bodoh Abdullah Badawi dalam mentadbir urus negara Malaysia ini. Kebodohan dan kedangkalan pemikiran Abdullah Badawi terserlah dalam segala aspek merangkumi perancangan ekonomi,polisi dan dasar luar,hubungan diplomatik dan dasar stregik pertahanan negara. Dan yang paling meloyakan sekali adalah sikap Abdullah Badawi yang sudah hilang malu dalam menuturkan CAKAP-CAKAP BOHONG secara terbuka dengan muka yang SELAMBA.

Jika dilihat kepada prestasi ekonomi semasa negara terlihat seolah-olah begitu memberangsangkan dengan indek BSKL meloncak melebihi paras 1200 mata dan nilai dagang Malaysia melangkaui 1 trillion. Lalu Abdullah Badawi tanpa berlengah mengistiharkan bahawa ini merupakan pencapaian yang luar biasa. Disebabkan telah dilabelkan sebagai PM yang pandai BERCAKAP BOHONG maka hebahannya tidak mengundang rasa ghairah rakyat sebaliknya rakyat tertanya-tanya apakah pekung dan muslihat disebalik kenaikan angka-angka yang mendadak itu sementelah pula mantan PM Dr Mahathir telah hilang kepercayaan terhadap segala perangkaan yang dikeluarkan pihak kerajaan masa kini

Pekung PEMBOHONGAN Abdullah Badawi tak dapat disorok lama, kerana bau busuk peningkatan indek-indek ekonominya akhirnya meresap keluar.Sungguh menghairankan apabila catatan dana modal asing yang mengalir keluar adalah lebih tinggi dari dana modal asing yang mengalir masuk telah dapat melonjakkan BSKL sebegitu rupa. Putar belit Badawi akhirnya terburai apabila diakui bahawa dana KWSP dan KWAP telah diguna pakai untuk melonjakkan indek BSKL.Persoalannya berapa banyakkah wang rakyat yang telah dikorbankan dan dimanipulasi oleh Badawi untuk menaikkan imejnya. Sudah tentu nilainya mencecah angka billion ringgit untuk mendapatkan hasilnya. Penipuan badawi ini terbukti apabila kenaikan harga hanya melibatkan saham-saham blue chips yang menjadi tanda aras indek komposit tanpa melibatkan kenaikan saham-saham yang berharga rendah.

P/S : PEMBOHONGAN apakah yang cuba dilakukan oleh Badawi terhadap rakyat negara ini, tidak cukupkah lagi dengan segala macam bentuk pembohongan yang telah dilakukannya termasuk pembatalan skim bantuan percuma buku teks atas alasan kos tambahan sebanyak RM 144 juta berbanding ketegasannya menghalalkan pembelian jet mewah dan ekslusif untuk kegunaan peribadinya yang bernilai RM 200 juta.
 

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

somebody help us!!!!!!

No more Mr. Nice Guy...

7:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukan rekaan – PM -- *Pelaburan lebih RM40b *Bursa Malaysia stabil *Nilai ringgit kukuh
Oleh: FAUZI JAAFAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, pertumbuhan dan kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin baik ketika ini bukan sesuatu yang palsu atau direka-reka.

Perdana Menteri berkata, pelaburan asing dan domestik yang mencecah lebih RM40 bilion, kenaikan Bursa Malaysia yang stabil serta pengukuhan nilai ringgit jelas menunjukkan ekonomi negara ini berada pada landasan yang tepat.

Malah tambah beliau, fakta-fakta yang dikemukakan oleh kerajaan selama ini adalah tepat dan bukannya angka-angka yang cuba dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

‘‘Kenaikan (ekonomi) ini cukup stabil, bukan mendadak. Adakah kita main-main dengan perkara itu, sudah tentu tidak,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang spekulasi bahawa kenaikan pasaran saham dan prestasi ekonomi yang semakin baik adalah rekaan yang sengaja diwujudkan oleh kerajaan bagi menghadapi pilihan raya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan memberitahu, apabila rakyat melihat kedudukan pasaran saham bertambah baik, sudah tentu mereka akan menyokong kerajaan.

Begitu juga dengan masalah kenaikan harga minyak dunia yang masih dapat ditangani oleh kerajaan secara berhemat tanpa menimbulkan lagi beban rakyat, ujar beliau.

Katanya, tindakan kerajaan terhadap beberapa penggabungan syarikat-syarikat besar negara ini turut menunjukkan perkembangan yang baik serta minat pelabur asing terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) turut merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini adalah cukup baik sehingga diyakini oleh pelabur.

‘‘Biasanya ekonomi negara ini banyak digerakkan oleh pelabur asing,’’ kata Abdullah.

Dalam hal ini Perdana Menteri berkata:‘‘Apa lagi yang rakyat hendak.’’

Berhubung dengan kenaikan Bursa Malaysia sehingga mencecah lebih 1,200 mata, beliau berkata, ini disebabkan harga saham masih lagi rendah dan menarik pelabur asing serta domestik.

Ditanya mengenai kerisauan beliau terhadap Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Abdullah menegaskan beliau tidak risau tentang RMK-9, cuma bimbang jika pelaksanaan pelan induk lima tahun itu menemui kegagalan.

‘‘Apa yang merisaukan saya ialah apabila kita tidak dapat menjalankan segala program dalam RMK-9 dengan baik.

‘‘Kita merancang kerana kita mahu laksanakan program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,’’ jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mahu memastikan pelaksanaan terhadap projek-projek RMK-9 berada dalam keadaan baik dan teratur.

Tambah beliau, kerajaan yakin pelaksanaan RMK-9 dengan baik akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan.

Berhubung peruntukan bantuan mangsa banjir di Johor, Abdullah berkata, kerajaan akan membuat satu peruntukan baru untuk membantu mangsa banjir serta membaik pulih kawasan yang rosak berikutan bencana tersebut.

‘‘Kita tidak ambil mana-mana peruntukan, sebaliknya kita mewujudkan satu peruntukan baru untuk kita agih-agihkan kepada usaha-usaha ke arah memulihkan kawasan yang dilanda banjir,’’ katanya.

12:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

ustaz yg datang ke masjid saya bagi tau, sifat2 orang munafik ni ada 3..
1. apabila bercakap dia menipu/bohong
2. apabila diberi amanah dia mengkianati
3. apabila dia berjanji, dia mungkir janji
Saya rasa sifat2 ni semua ada pada Dollah lah..betul dak?

8:22 AM  
Blogger The Truth said...

Memang benar sifat-sifat tersebut jelas dimiliki oleh PM Abdullah Badawi..Inilah sebabnya penulis mewujudkan blog ini untuk berkongsi pendapat dgn pembaca dan lain-lain bloggers agar menjadi satu suara pendesak yg kuat..mudah-mudahan PM Abdullah Badawi akan sedar dan insaf untuk melakukan perubahan demi agama,bangsa dan negara.

3:00 PM  

Post a Comment

<< Home