Saturday, March 31, 2007

MUSA BADAWI – THE DUMB AND THE DUMBER



Akhirnya terbongkar dan terburai wajah sebenar Musa Hitam yang terpelihara selama ini dengan bertopengkan kononnya seorang politikus dan negarawan yang patriotik. Wajah hodoh Musa Hitam mula terpampang apabila ia mengesyorkan supaya hak-hak istimewa orang Melayu dilenyapkan demi menarik pelabur asing keWilayah Pembangunan Selatan Johor (SJER). Sebenarnya rupa buruk Musa Hitam telah lama tersingkap apabila ia mula memperkenalkan budaya songsang supaya orang Melayu harus bersikap kurang ajar untuk maju. Tun yang baru ini (meminjam istilah Mahathir) yang pernah melabel Mahathir sebagai terkena sindrom selepas pencen sebenarnya sendiri telah mengalami sindrom kecelaruan personaliti.

Sindrom kecelaruan personaliti Musa Hitam ini begitu ketara apabila ianya merupakan individu utama yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Badawi PM Malaysia yang bertaraf Badut ini dalam menjayakan pelan Singapura dengan berselindungkan idea SJER untuk menjadikan sebahagian Johor sebagai wilayah koloninya.Tidak mungkin mana-mana orang Melayu yang waras akalnya akan menyokong idea SJER ini melainkan mereka-mereka yang tamak dan mempunyai kepentingan dalam kerajaan badut Abdullah Badawi dan menantu hantunya Khairy Jamaluddin.

Tidak ada apa-apa pun keuntungan yang bakal dinikmati oleh orang-orang Johor jika idea-idea karut Abdullah Badawi dan Khairy diguna pakai dalam menjayakan SJER.
SJER jika benar akan terlaksana hanya akan menjadikan Johor wilayah ke-2 Singapura dimana warganya akan bebas keluar masuk ke Johor tanpa apa-apa sekatan, malah akan dilayan sebagai warga kelas pertama oleh kerajaan Abdullah Badawi dan dihadiahkan pula dengan pemilikan dan pembelian harta di Negeri Johor tanpa had. Sebagai balasannya Singapura akan mengistyiharkan Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia yang paling bijaksana dalam sejarah disamping menantunya Khairy sudah pasti akan tersenarai diantara individu yang terkaya di Malaysia dalam usia yang muda.

Bagi orang-orang Johor pula peluang kerjaya yang terbuka luas nanti adalah bersaing dengan warga Bangla dan Nepal untuk menjadi kuli ditapak-tapak pembinaan dimana pemiliknya sudah tentu dari warga-warga kelas pertama iaitu rakyat Singapura. Inilah episod sedih yang bakal dilalui oleh warga Johor yang terkenal dengan semangat Bugisnya yang mana akhirnya akan menjadi seperti Lebai Malang - Menang Sorak Kampung Tergadai. Bertambah malang pula apabila yang menjadi siKitul itu adalah rakyat Johor sendiri si Musa Hitam yang bertuankan Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin.

P/s: Khairy Jamaluddin adalah tangan-tangan yang berselindung di dalam setiap dasar-dasar kerajaan yang sedang memusnahkan negara ini secara beransur-ansur.

. http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Sunday, February 25, 2007

S.O.S-ENEMY AT THE GATE



Gembar-gembur kenaikan mendadak ekonomi negara yang dicanangkan oleh Abdullah Badawi dengan indek-indek yang luar biasa tidak mungkin menghilangkan rasa resah rakyat terhadap kepimpinannya dan jauh sekali dari merasa selesa (feel good ) seperti yang didakwa oleh beliau. Mana mungkin rakyat akan merasa selesa dengan seorang PM yang telah selesa bercakap BOHONG, pembatalan skim buku teks percuma adalah versi pembohongannya yang terbaru oleh itu Abdullah Badawi terpaksa berhempas pulas pula untuk menyakinkan rakyat bahawa kenaikan indek-indek ekonominya adalah versi yang tulen.

Hakikatnya penasihat-penasihat Abdullah Badawi dilevel four telah melakukan kesilapan besar dalam rancangan menaikkan imej Abdullah Badawi dengan menggunakan pendekatan pemalsuan indek-indek ekonomi.Rancangan yang tidak mengikut arus dan pola semasa ini telah mengheret kerajaan Abdullah Badawi dalam polimik dan telah mendedahkan kebodohan sendiri.

Rancangan penasihat Abdullah Badawi adalah untuk mengalih perhatian rakyat dari segala kelemahan kerajaan yang cukup memalukan. Lebih-lebih lagi apabila segala langkah yang diambil oleh Abdullah Badawi dalam mentadbir negara sekarang ini telah dapat dirasai kesannya oleh kerajaan Thailand dimana langkah-langkah yang sama juga pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri yang diguling Thaksin Sinawatra. Natijah dibawah pemerintahan Thaksin, Thailand hampir ditelan oleh musuh yang telah berada diambang pintu. Langkah lemah gemalai yang diguna pakai oleh Abdullah Badawi dalam hubungan luar juga telah menyebabkan musuh yang sama sedang menanti dan menunggu masa untuk meratah dan melahap kita.

Perdana Menteri baru Thailand Jeneral Surayud Chulanont telah mengambil langkah yang cukup bijak demi menyelamatkan ekonomi dan maruah negaranya. Tindakan drastik beliau dengan mengambil alih satelit telekomunikasi Thailand yang telah dijual oleh Thaksin kepada SingTel Singapore adalah langkah patriotik kerana satelit tersebut merupakan aset strategik negara. Selain itu Jeneral Surayud Chulanont sedang merangka langkah susulan untuk melenyapkan pegangan Singapura melalui syarikat pelaburannya Temasek yang mempunyai banyak kepentingan dalam syarikat-syarikat kerajaan.

Tindakan kerajaan Thailand ini telah menimbulkan ketegangan hubungan diplomatik dengan Singapura namun tidak dipedulikan oleh kerajaan Thailand atas dasar maruah dan integriti negara. Langkah yang diambil oleh Thailand ini adalah sebenarnya ikutan dari teladan yang telah ditunjukkan oleh Mantan PM Tun Dr. Mahathir apabila berdepan dengan Singapura yang mempunyai semangat kiasu ini.

Pada era pentadbiran Dr.Mahathir, Malaysia telah berjaya menangani kerenah Singapura ini yang cuba mendominasi negara jirannya dengan kekuatan ekonomi,kelebihan ekonomi ini akan diguna sebagai umpan untuk menjerat kepimpinan negara jiran yang lemah dan seterusnya menguasai senario politik negara tersebut. Taktik Singapura ini telah lama disedari oleh Dr.Mahathir, oleh itu beliau mengambil strategi mengekang Singapura dengan memacu ekonomi Malaysia dengan menyediakan prasarana-prasarana bertaraf dunia untuk menyaingi Singapura. Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor adalah satu strategi yang cukup berjaya,dalam masa yang singkat sahaja PTP telah menjadi ancaman kepada Singapura apabila berjaya menarik syarikat perkapalan besar dunia seperti Mersk yang berpengkalan di Jurong berpindah ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Tindakan-tindakan Dr Mahathir sebenarnya telah merencat program besar yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew untuk memanipulasi dan menguasai negara-negara jiran dengan kekuatan ekonomi.Tindak balas Mahathir telah dianggap oleh Singapura sebagai twist hand strategies (stretegis memulas tangan) dan dibalas oleh Mahathir “ we learned it from you”.

Alangkah malangnya di era Abdullah Badawi ini pemerintah yang siamanahkan untuk menjaga maruah dan kehormatan negara sebaliknya menjadi seperti “harapkan pagar,pagar memakan padi”. Bertentangan dengan Thailand dan terbaru Indonesia (yang menghalang penjualan pasir) Malaysia dibawah Abdullah Badawi seolah hanya menjadi budak suruhan sahaja kepada Singapura. Kenyataan pahit ini harus ditelan oleh rakyat Malaysia kerana itulah hakikatnya. Melalui penasihat-penasihat Abdullah Badawi yang diketuai oleh menantunya Khairy, kerajaan Malaysia telah menjadi boneka dimana pemainkan utamanya adalah pemimpin Singapura yang masih dikusai oleh Lee Kuan Yew. Hakikat ini adalah jelas apabila kebanyakan aset dan sektor strategik negara telah mula dikuasai oleh Singapura melalui syarikat pelaburan luar negaranya TEMASEK.

Antara yang terawal dikuasai oleh Singapura adalah industri akhbar dimana NSTP telah diterajui oleh warga Singapura Kalimullah. Disektor perubatan pengambil alihan Pantai Holding oleh Parkway sebuah syarikat singapura sudah diketahui umum dan tidak ketinggalan Airods yang terlibat dalam menyelia dan membaik pulih jet-jet pejuang TUDM juga telah diambil alih oleh Singapura. Tiga syarikat perladangan terbesar negara, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope Plantation juga dalam proses penggabungan dimana 20% sahamnya diperuntukkan untuk syarikat asing yang diketahui adalah Temasek Holding dari Singapura.

Pengambilan segala aset-aset penting negara ini sebenarnya menghasilkan pulangan yang amat besar dalam bentuk komisyen yang mencecah ratusan juta kepada individu yang bertindak sebagai broker atau orang tengah. Individu yang bertanggung jawab sebagai pengkhianat negara ini adalah bukan orang lain iaitu menantu Perdana Menteri sendiri iaitu Khairy Jamalludin.

P/s : Singapura sebagaimana diketahui umum adalah proxy Israel di Asia Tenggara.

Wednesday, February 14, 2007

ABDULLAH BADAWI - LORD OF THE LIAR



Malu,sungguh malu dan memalukan… itulah kata-kata yang mampu diucapkan oleh kita rakyat marhaen terhadap segala tindakan dan tutur kata yang telah dilakukan oleh PM Abdullah Badawi.Sudah tidak terbilang lagi onar yang mencoreng arang kemuka rakyat disebabkan tingkah laku bodoh Abdullah Badawi dalam mentadbir urus negara Malaysia ini. Kebodohan dan kedangkalan pemikiran Abdullah Badawi terserlah dalam segala aspek merangkumi perancangan ekonomi,polisi dan dasar luar,hubungan diplomatik dan dasar stregik pertahanan negara. Dan yang paling meloyakan sekali adalah sikap Abdullah Badawi yang sudah hilang malu dalam menuturkan CAKAP-CAKAP BOHONG secara terbuka dengan muka yang SELAMBA.

Jika dilihat kepada prestasi ekonomi semasa negara terlihat seolah-olah begitu memberangsangkan dengan indek BSKL meloncak melebihi paras 1200 mata dan nilai dagang Malaysia melangkaui 1 trillion. Lalu Abdullah Badawi tanpa berlengah mengistiharkan bahawa ini merupakan pencapaian yang luar biasa. Disebabkan telah dilabelkan sebagai PM yang pandai BERCAKAP BOHONG maka hebahannya tidak mengundang rasa ghairah rakyat sebaliknya rakyat tertanya-tanya apakah pekung dan muslihat disebalik kenaikan angka-angka yang mendadak itu sementelah pula mantan PM Dr Mahathir telah hilang kepercayaan terhadap segala perangkaan yang dikeluarkan pihak kerajaan masa kini

Pekung PEMBOHONGAN Abdullah Badawi tak dapat disorok lama, kerana bau busuk peningkatan indek-indek ekonominya akhirnya meresap keluar.Sungguh menghairankan apabila catatan dana modal asing yang mengalir keluar adalah lebih tinggi dari dana modal asing yang mengalir masuk telah dapat melonjakkan BSKL sebegitu rupa. Putar belit Badawi akhirnya terburai apabila diakui bahawa dana KWSP dan KWAP telah diguna pakai untuk melonjakkan indek BSKL.Persoalannya berapa banyakkah wang rakyat yang telah dikorbankan dan dimanipulasi oleh Badawi untuk menaikkan imejnya. Sudah tentu nilainya mencecah angka billion ringgit untuk mendapatkan hasilnya. Penipuan badawi ini terbukti apabila kenaikan harga hanya melibatkan saham-saham blue chips yang menjadi tanda aras indek komposit tanpa melibatkan kenaikan saham-saham yang berharga rendah.

P/S : PEMBOHONGAN apakah yang cuba dilakukan oleh Badawi terhadap rakyat negara ini, tidak cukupkah lagi dengan segala macam bentuk pembohongan yang telah dilakukannya termasuk pembatalan skim bantuan percuma buku teks atas alasan kos tambahan sebanyak RM 144 juta berbanding ketegasannya menghalalkan pembelian jet mewah dan ekslusif untuk kegunaan peribadinya yang bernilai RM 200 juta.
 

Friday, February 09, 2007

MAHATHIR-THE INNOCENT MENTOR ( Part 1)



Mahathir boleh dikatakan sebagai penentu atau de facto dalam segala konflik bersegi-segi politik dinegara ini. Mahathir adalah mentor dan mahaguru yang telah melahirkan perantis-perantis seperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim, tetapi sayang Mahathir adalah mentor yang teraniaya dimana kebanyakan dari perantisnya telah memilih jalan gelap dan telah bertukar watak menjadi seperti Dark Vader. Perantis-perantisnya telah tidak dapat menghayati jiwa dan roh perjuangan simentor ,mereka bingung dan kehairanan kenapakah mentor mereka itu amat kuat bekerja dan begitu fokus terhadap matlamat dan arah tuju dalam membawa negara supaya berdiri sama tinggi dan sama tegap dengan mana-mana negara maju lain didunia ini.

Perantis-perantis itu terlopong melihat mentor mereka yang telah mendekati usia senja itu begitu bertenaga tanpa kenal lelah dan cungap demi menjayakan cita-cita wawasannya untuk menjadikan negara,bangsa dan agama agar mempunyai maruah dan jiwa merdeka.

Mereka begitu hairan kenapa mentor mereka itu tidak gelojoh dalam membaham dan meratah segala hasil mashul negara walhal segala kuasa ada ditangan dan segala jalan kearah itu terbentang luas. Mereka merasa begitu pelik dan begitu juak bila kaum kerabat mentor mereka tidak pula mengambil peluang melilit dan melobi untuk mengayakan diri dan kroni lebih-lebih lagi diri mereka sendiri dikawal oleh simentor dengan slogan “bersih, cekap dan amanah,” Penerapan nilai-nilai Islam, Pemimpin bukan saja harus bersih tetapi juga harus kelihatan bersih dan banyak lagi kod etika yang menjadi amalan simentor dan wajib diikuti oleh siperantis.

Dari perasaan pelik dan ajaib telah bercambah pula perasaan dengki khianat kedalam diri perantis seperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim. Mereka begitu dengki dan sakit hati bila segala rakyat jelata dari segenap lapisan begitu menyanjungi dan menyayangi mentor mereka itu.Tetapi segala puji-pujian itu tidak pula menjadikan kepala simentor besar dan kembang dan menjadi lupa daratan sebaliknya simentor menjadikan tugas dan jawatan PERDANA MENTERI sebagai amanah yang berat yang akan ditanya oleh MAHA PENCIPTA dan tidak pernah sekali terkeluar dari mulutnya “SAYA ADALAH PERDANA MENTERI” sebagai hebahan dan amaran tersirat kepada rakyat jelata sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun.

Atas dasar memegang amanah inilah maka simentor begitu berani memperkenalkan segala dasar yang difikirkan berguna dan bermanafaat kepada sekalian rakyat. Oleh kerana simentor mempunyai pandangan dan fikiran yang mendahului zamannya (kerana beliau seorang pemikir dan banyak membaca), maka banyaklah idea dan gagasannya mendapat tentangan pada mulanya tetapi dengan sabar dan bijaksana beliau menerangkan dan menjelaskan dan akhirnya membuktikan kebenaran dan kebaikan wawasan beliau. Apabila diakui kejayaan dan kebijaksanaan idea-ideanya oleh kawan dan lawan baik didalam dan di luar negara,tidak pula beliau dengan megah berkata bahawa semua itu adalah “semata-mata idea saya dan bukan idea orang lain” sebagaimana yang diucapkan oleh Abdullah Badawi semasa melancarkan SJER.



 

Friday, February 02, 2007

NAJIB- YOU’RE CHECK MATE



Anwar mula menyusun langkah dan bergerak pantas untuk menggasak dan mengekang pergerakan Pekan boy Najib Razak. Simentor kepada sidajal Khairy ini yang mula memperkenalkan teori konspirasi itu,sekarang pula berkonspirasi bersama perantisnya si dajal Khairy melalui Abdullah Badawi untuk mengepung dan seterusnya melenyapkan si Najib dari kerusi TPM dan gelanggang UMNO untuk selama-lamanya.

Anwar yang telah termaktub sebagai munafik tegar dan mempunyai sifat dendam kesumat tidak mungkin berdiam diri dalam menjayakan cita-citanya menduduki kerusi PERDANA MENTERI. Tidak ada apa yang ditakuti oleh si Anwar ini walaupun TUHAN hanya Mahathir setakat ini yang dapat merencatkan cita-citanya buat sementara.

Sekarang jalan telah terbuka luas dan peluang telah terbentang hanya sentuhan terakhir sahaja yang menanti. Sentuhan terakhir pula haruslah secara penuh berhemah agar tidak mencacatkan peribadi si sheikh yang pernah disabitkan dengan perilaku menjijikkan ( peliwat ) sebagai mana yang dinyatakan oleh bekas PM Dr.Mahathir. Sekarang si sheikh telah bebas secara teknikal kerana pihak pendakwa tidak dapat menyatakan tarikh tepat berlakunya kejadian liwat tersebut walau pun terdapat bukti-bukti sahih yang melampaui keraguan untuk disabitkan bersalah. Oleh itu mahkamah melepaskan beliau atas alasan teknikal walau pun mahkamah yakin beliau ada melakukan aktiviti-aktiviti meliwat itu.

Walau pun begitu Anwar tanpa rasa malu dan jemu telah mewar-warkan kesucian dan keterunaannya kepada sekalian rakyat jelata dengan menjelajah seluruh negara kerana beliau yakin dan percaya dengan teori Mahathir bahawa Melayu Itu Mudah Lupa dan itulah hakikatnya.

Najib yang begitu naif kerana tidak pernah teruji digelanggang jati politik sebenarnya telah terjerat atas kealpaan sendiri. Stretegi Najib bersandarkan kepada kesetiaan segala titah patik junjung sebenarnya memakan diri kerana tahap kesetiaanya sendiri diragui oleh tuannya Abdullah Badawi. Falsafah Mahathir yang diguna pakai oleh Najib bahawa “pemimpin bukan sahaja harus bersih tetapi harus juga kelihatan bersih” juga tidak lagi boleh menjadi tangkal pendinding.

Serangan Anwar yang menghubung kaitkan Najib dalam kes pembunuhan model Monggolia Altantuya adalah bukti nyata dan Najib pasti akan terpalit dengannya.Najib diberitakan pernah memohon pertolongan Mahathir diTokyo tetapi hampa kerana Mahathir telah terluka dan menjeruk rasa. Oleh itu dalam permainan catur politik sekarang Najib bolehlah dikatakan telah CHECK MATE.



 

Friday, January 26, 2007

ANWAR KHAIRY – THE MENTOR & THE APPERANTICE





Politik di Malaysia adalah satu seni dan satu lubuk rezeki dimana melayu adalah yang terbaik didalamnya. Kehebatan melayu dalam pencak politik boleh mengalahkan politik yahudi di dunia arab begitulah perbandingannya. Malang sekali bakat politik melayu ini lebih banyak menjurus kearah menjahanamkan bangsa sendiri kerana dunia politik melayu lebih banyak didominasi oleh mereka-mereka yang munafik, rakus,gelojoh,tidak sabar,tamak dan haloba. Mangsa kepada individu-individu yang bernafsu besar ini hanyalah rakyat marhaen kerana kebanyakan dari mereka adalah dari golongan Melayu Mudah Lupa.

Dua individu politik rakus yang sedang rancak bersendiwara sekarang adalah ANWAR IBRAHIM DAN KHAIRY JAMALUDDIN. Dua individu ini sebenarnya sedang merangka “grand design“ untuk mengambil alih pucuk pimpinan dari Abdullah Ahmad Badawi the sleeping pm. Gabungan Anwar-Khairy adalah umpama seekor mentor dan seekor perantis, keakraban kedua-duanya bukan menjadi satu rahsia lagi kepada umum. Disebalik lakonan kata-mengata realitinya keakraban mereka adalah umpama aur dengan tebing. Kedua-dua makhluk ini amat licik dan amat petah berbicara kerana keduanya mempunyai persamaan yang nyata iaitu memiliki lidah yang bercabang.

Jika penagih dadah ada yang tergolong dalam katogeri penagih tegar maka Anwar Ibrahim adalah simunafik dalam katogeri MUNAFIK TEGAR. Tiada harapan lagi untuk menyelamatkan Anwar agar ia kembali kepangkal jalan kerana ia telah memilih langkah membujur lalu melintang patah. Walaupun seorang oportunis Anwar sedar ia telah kekurangan kudrat lantaran itu ia mencari regu untuk menghilangkan buntu. 
 
Regu terbaik dan kembar seiras bagi Anwar dari segi cita-cita dan kerakusan adalah Khairy.Ia merupakan calon terbaik untuk ditumpahkan segala ilmu hitam,jampi serapah dan segala mentera demi mengejar dan mencapai cita-cita nombor wahid Anwar iaitu menjadi PERDANA MENTERI.

Abdullah Badawi yang dianugerahkan jawatan Perdana Menteri oleh Dr.Mahathir adalah umpama seekor monyet mendapat bunga menjadikan ia terlopong dan ternganga.Tetapi semua itu hanya sementara kerana badawi mula sedar bahawa ia menduduki puncak kuasa dan boleh menjadi raja. Disebalik imej mr clean Abdullah sebenarnya seorang pendendam dan Mahathir adalah salah seorang yang didalam senarainya.

Watak sebenar Badawi yang sombong dan ego tidak dapat disembunyikan lagi apabila ia bercita-cita memusnahkan segala legasi pencapaian Mahathir, maka mulalah beliau menyelongkar segala kotak-kotak peninggalan Mahathir dan akhirnya ia terjumpa satu kotak yang terkunci rapat. Sangkanya itulah kotak yang menyimpan segala rahsia tanpa disangka itu adalah kotak PENDORA yang didalamnya disumbat segala makhluk jahat oleh Mahathir agar tidak mengancam keselamatan negara dan diamanahkan keatas Abdullah agar tidak membukanya. Tetapi sayang Abdullah telah membukanya maka menjelmalah dari kotak pendora itu wajah-wajah yang menggerunkan menyerupai Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin dan bermulalah episod DAJAL dalam mencorak arus dan arah pentadbiran negara.

P/s: Grand design terkini Dajal Anwar & khairy adalah menyingkirkan Najib utuk laluan mudah ketangga Perdana Menteri.













 

Friday, January 05, 2007

BATU TALAM-BATU NISAN UTK KHAIRY.


K.J menantu hantu badawi bakal mengetuai kempen UMNO dalam pilihanraya kecil Batu Talam di Raub Pahang pada 28 Jan 2007. PAS telah melontarkan isyarat sebagai medan utk memanaskan badan dan berazam untuk mengurangkan majoriti UMNO.PAS memilih utk bersikap underdog walhal sebenarnya merupakan sindiran tajam utk UMNO khususnya Qarun Khairy. Badawi tidak mempunyai pilihan selain anak menantunya utk mengetuai kempen pilihanraya kecil ini dan itu tidak menghairankan kerana Badawi sememangnya memegang konsep Kepimpinan Keluarga (Family & Co) dalam jentera pentadbirannya.

Persoalannya apakah strategi dan isu yg bakal dimainkan oleh imam besar hadhari ini.
Jawapannya sudah diketahui umum “saya belum terima laporan dan saya tak tahu”.Jawaban bodoh ini memang telah diketahui rakyat dan rakyat juga mengetahui Badawi hanya menjadi burung belatuk kepada seekor beruk hitam iaitu menantunya khairy.Rakyat mungkin kurang sedar badawi sebenarnya telah dihinggapi “senile dementia” sejenis penyakit nyanyuk disebabkan faktor peningkatan umur dan ini dicirikan dgn simptom-simptom seperti kegagalan mengawal pembuangan air kencing “incontinence of urine”.Disebabkan itulah PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5 yang cemerlang,gemilang dan temberang ini terpaksa memakai lampin (pampers) kerana kencingnya sentiasa berciciran.

Beruk hitam Khairy sebenarnya adalah master minds dalam segala sepak terajang politik yang membawa bala dan kemarahan Tuhan dalam era badawi ini.Rakyat buat seketika agak terpana sedikit dengan penampilan hitam berkilat beruk Khairy ini.Kemunculannya secara tiba-tiba dalam usia muda dalam hiraki tinggi kepimpinan UMNO membuat rakyat terlopong dan ternganga ditambahkan pula dengan war-war memiliki sijil tinggi dari oxford .Kemunculan bak jembalang dan dimomokkan pula dengan segala kuasa ditangan menjadikan rakyat marhain menjadi sedikit gerun dan takut yg sebenarnya tidak bersebab,kerana yg paling takut terhadap siberuk ini adalah hulubalang-hulubalang bapak mertuanya yang terdiri daripada menteri-menteri korup yang mempunyai angan-angan untuk kekal dalam jawatan seumur hidup dan mempunyai moto segala titah patik junjung.

Rakyat marhain khususnya rakyat di Batu Talam tidak perlu gusar dan resah diatas segala kuasa yang dimomokkan oleh siberuk hitam ini.dan tidak ada makhluk yang sentiasa bersikap begitu melainkan DAJAL. Pada realitinya siberuk Khairy hanyalah seorang budak berhingus yang diberi pistol oleh babaknya yang nyanyuk yang disangkanya pistol mainan. Oleh itu menjadi tanggungjawab besar rakyat Batu Talam untuk merampas pistol itu dari budak kurang akal dan berhingus ini dan menyedarkan bapanya bahawa beliau sebenarnya telah HILANG KAWALAN DAN TIDAK LAYAK LAGI UNTUK MENJADI PM LEBIH DARI SEPENGGAL.