Menerangkan Kebenaran
Akhirnya terbongkar dan terburai wajah sebenar Musa Hitam yang terpelihara selama ini dengan bertopengkan kononnya seorang politikus dan negarawan yang patriotik. Wajah hodoh Musa Hitam mula terpampang apabila ia mengesyorkan supaya hak-hak istimewa orang Melayu dilenyapkan demi menarik pelabur asing keWilayah Pembangunan Selatan Johor (SJER). Sebenarnya rupa buruk Musa Hitam telah lama tersingkap apabila ia mula memperkenalkan budaya songsang supaya orang Melayu harus bersikap kurang ajar untuk maju. Tun yang baru ini (meminjam istilah Mahathir) yang pernah melabel Mahathir sebagai terkena sindrom selepas pencen sebenarnya sendiri telah mengalami sindrom kecelaruan personaliti.Sindrom kecelaruan personaliti Musa Hitam ini begitu ketara apabila ianya merupakan individu utama yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Badawi PM Malaysia yang bertaraf Badut ini dalam menjayakan pelan Singapura dengan berselindungkan idea SJER untuk menjadikan sebahagian Johor sebagai wilayah koloninya.Tidak mungkin mana-mana orang Melayu yang waras akalnya akan menyokong idea SJER ini melainkan mereka-mereka yang tamak dan mempunyai kepentingan dalam kerajaan badut Abdullah Badawi dan menantu hantunya Khairy Jamaluddin.Tidak ada apa-apa pun keuntungan yang bakal dinikmati oleh orang-orang Johor jika idea-idea karut Abdullah Badawi dan Khairy diguna pakai dalam menjayakan SJER.SJER jika benar akan terlaksana hanya akan menjadikan Johor wilayah ke-2 Singapura dimana warganya akan bebas keluar masuk ke Johor tanpa apa-apa sekatan, malah akan dilayan sebagai warga kelas pertama oleh kerajaan Abdullah Badawi dan dihadiahkan pula dengan pemilikan dan pembelian harta di Negeri Johor tanpa had. Sebagai balasannya Singapura akan mengistyiharkan Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia yang paling bijaksana dalam sejarah disamping menantunya Khairy sudah pasti akan tersenarai diantara individu yang terkaya di Malaysia dalam usia yang muda.Bagi orang-orang Johor pula peluang kerjaya yang terbuka luas nanti adalah bersaing dengan warga Bangla dan Nepal untuk menjadi kuli ditapak-tapak pembinaan dimana pemiliknya sudah tentu dari warga-warga kelas pertama iaitu rakyat Singapura. Inilah episod sedih yang bakal dilalui oleh warga Johor yang terkenal dengan semangat Bugisnya yang mana akhirnya akan menjadi seperti Lebai Malang - Menang Sorak Kampung Tergadai. Bertambah malang pula apabila yang menjadi siKitul itu adalah rakyat Johor sendiri si Musa Hitam yang bertuankan Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin.P/s: Khairy Jamaluddin adalah tangan-tangan yang berselindung di dalam setiap dasar-dasar kerajaan yang sedang memusnahkan negara ini secara beransur-ansur.. http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
posted by The Truth at 8:06 AM
Post a Comment
<< Home
0 Comments:
Post a Comment
<< Home