S.O.S-ENEMY AT THE GATE
Gembar-gembur kenaikan mendadak ekonomi negara yang dicanangkan oleh Abdullah Badawi dengan indek-indek yang luar biasa tidak mungkin menghilangkan rasa resah rakyat terhadap kepimpinannya dan jauh sekali dari merasa selesa (feel good ) seperti yang didakwa oleh beliau. Mana mungkin rakyat akan merasa selesa dengan seorang PM yang telah selesa bercakap BOHONG, pembatalan skim buku teks percuma adalah versi pembohongannya yang terbaru oleh itu Abdullah Badawi terpaksa berhempas pulas pula untuk menyakinkan rakyat bahawa kenaikan indek-indek ekonominya adalah versi yang tulen.
Hakikatnya penasihat-penasihat Abdullah Badawi dilevel four telah melakukan kesilapan besar dalam rancangan menaikkan imej Abdullah Badawi dengan menggunakan pendekatan pemalsuan indek-indek ekonomi.Rancangan yang tidak mengikut arus dan pola semasa ini telah mengheret kerajaan Abdullah Badawi dalam polimik dan telah mendedahkan kebodohan sendiri.
Rancangan penasihat Abdullah Badawi adalah untuk mengalih perhatian rakyat dari segala kelemahan kerajaan yang cukup memalukan. Lebih-lebih lagi apabila segala langkah yang diambil oleh Abdullah Badawi dalam mentadbir negara sekarang ini telah dapat dirasai kesannya oleh kerajaan Thailand dimana langkah-langkah yang sama juga pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri yang diguling Thaksin Sinawatra. Natijah dibawah pemerintahan Thaksin, Thailand hampir ditelan oleh musuh yang telah berada diambang pintu. Langkah lemah gemalai yang diguna pakai oleh Abdullah Badawi dalam hubungan luar juga telah menyebabkan musuh yang sama sedang menanti dan menunggu masa untuk meratah dan melahap kita.
Perdana Menteri baru Thailand Jeneral Surayud Chulanont telah mengambil langkah yang cukup bijak demi menyelamatkan ekonomi dan maruah negaranya. Tindakan drastik beliau dengan mengambil alih satelit telekomunikasi Thailand yang telah dijual oleh Thaksin kepada SingTel Singapore adalah langkah patriotik kerana satelit tersebut merupakan aset strategik negara. Selain itu Jeneral Surayud Chulanont sedang merangka langkah susulan untuk melenyapkan pegangan Singapura melalui syarikat pelaburannya Temasek yang mempunyai banyak kepentingan dalam syarikat-syarikat kerajaan.
Tindakan kerajaan Thailand ini telah menimbulkan ketegangan hubungan diplomatik dengan Singapura namun tidak dipedulikan oleh kerajaan Thailand atas dasar maruah dan integriti negara. Langkah yang diambil oleh Thailand ini adalah sebenarnya ikutan dari teladan yang telah ditunjukkan oleh Mantan PM Tun Dr. Mahathir apabila berdepan dengan Singapura yang mempunyai semangat kiasu ini.
Pada era pentadbiran Dr.Mahathir, Malaysia telah berjaya menangani kerenah Singapura ini yang cuba mendominasi negara jirannya dengan kekuatan ekonomi,kelebihan ekonomi ini akan diguna sebagai umpan untuk menjerat kepimpinan negara jiran yang lemah dan seterusnya menguasai senario politik negara tersebut. Taktik Singapura ini telah lama disedari oleh Dr.Mahathir, oleh itu beliau mengambil strategi mengekang Singapura dengan memacu ekonomi Malaysia dengan menyediakan prasarana-prasarana bertaraf dunia untuk menyaingi Singapura. Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor adalah satu strategi yang cukup berjaya,dalam masa yang singkat sahaja PTP telah menjadi ancaman kepada Singapura apabila berjaya menarik syarikat perkapalan besar dunia seperti Mersk yang berpengkalan di Jurong berpindah ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tindakan-tindakan Dr Mahathir sebenarnya telah merencat program besar yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew untuk memanipulasi dan menguasai negara-negara jiran dengan kekuatan ekonomi.Tindak balas Mahathir telah dianggap oleh Singapura sebagai twist hand strategies (stretegis memulas tangan) dan dibalas oleh Mahathir “ we learned it from you”.
Alangkah malangnya di era Abdullah Badawi ini pemerintah yang siamanahkan untuk menjaga maruah dan kehormatan negara sebaliknya menjadi seperti “harapkan pagar,pagar memakan padi”. Bertentangan dengan Thailand dan terbaru Indonesia (yang menghalang penjualan pasir) Malaysia dibawah Abdullah Badawi seolah hanya menjadi budak suruhan sahaja kepada Singapura. Kenyataan pahit ini harus ditelan oleh rakyat Malaysia kerana itulah hakikatnya. Melalui penasihat-penasihat Abdullah Badawi yang diketuai oleh menantunya Khairy, kerajaan Malaysia telah menjadi boneka dimana pemainkan utamanya adalah pemimpin Singapura yang masih dikusai oleh Lee Kuan Yew. Hakikat ini adalah jelas apabila kebanyakan aset dan sektor strategik negara telah mula dikuasai oleh Singapura melalui syarikat pelaburan luar negaranya TEMASEK.
Antara yang terawal dikuasai oleh Singapura adalah industri akhbar dimana NSTP telah diterajui oleh warga Singapura Kalimullah. Disektor perubatan pengambil alihan Pantai Holding oleh Parkway sebuah syarikat singapura sudah diketahui umum dan tidak ketinggalan Airods yang terlibat dalam menyelia dan membaik pulih jet-jet pejuang TUDM juga telah diambil alih oleh Singapura. Tiga syarikat perladangan terbesar negara, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope Plantation juga dalam proses penggabungan dimana 20% sahamnya diperuntukkan untuk syarikat asing yang diketahui adalah Temasek Holding dari Singapura.
Pengambilan segala aset-aset penting negara ini sebenarnya menghasilkan pulangan yang amat besar dalam bentuk komisyen yang mencecah ratusan juta kepada individu yang bertindak sebagai broker atau orang tengah. Individu yang bertanggung jawab sebagai pengkhianat negara ini adalah bukan orang lain iaitu menantu Perdana Menteri sendiri iaitu Khairy Jamalludin.
P/s : Singapura sebagaimana diketahui umum adalah proxy Israel di Asia Tenggara.
2 Comments:
Mengakulah kita di landasan betul
Oleh: KHAIRY JAMALUDDIN
KESEMPATAN berbual dengan rakan-rakan semasa menghadiri beberapa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina memberikan saya ruang untuk melihat perubahan besar persepsi umum terhadap kedudukan ekonomi negara. Ini jelas berbeza ketika perayaan yang sama diraikan tahun lalu, di mana moodnya agak muram dan ramai yang mempertikaikan keupayaan kerajaan dalam menguruskan ekonomi. Usaha untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara dikritik kerana kononnya ibarat menabur pasir ke dalam periuk nasi sektor swasta yang selama ini makanan rujinya adalah projek-projek pembinaan. Apa yang tidak mahu difahami oleh pengkritik-pengkritik ialah bahawa pendirian kerajaan ini diambil semata-mata kerana ingin memastikan agar pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) tidak akan terbantut akibat dana yang tidak mencukupi. Apakah salah pendirian tersebut?
Namun, hari ini kita melihat falsafah dan pendekatan pengurusan ekonomi yang diamalkan oleh Perdana Menteri dan Kabinetnya, menghasilkan suasana yang lebih meyakinkan. Seingat saya, tidak ada lagi rungutan yang disuarakan semasa perayaan Tahun Baru Cina ini – satu keadaan yang jauh beza dari tahun lepas. Sebaliknya, topik-topik perbualan yang menjadi pilihan mereka berkisar kepada indeks komposit Bursa Malaysia yang meningkat naik dan potensi pertambahan syarikat asing yang akan melabur di Malaysia yang secara tidak langsung, akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk generasi muda kita.
Alhamdulillah, belum sampai setahun RMK-9 dibentangkan di Parlimen, kerajaan telah berjaya mengembalikan faktor suasana ceria atau feel good factor yang telah tidak dirasai sejak pilihan raya umum 2004 berlalu. Suasana ceria ini pastinya berpunca dan bersandarkan kepada beberapa pengumuman angka ekonomi yang begitu menggalakkan, sekali gus membuktikan bahawa ekonomi negara hari ini berada pada landasan kedudukan yang lebih kukuh berbanding tahun lalu.
Antara angka terkini menunjukkan indeks komposit berada pada tahap 1,278.22 mata, tahap yang terbaik dalam tempoh 13 tahun yang lalu ini. Betapa berbezanya angka ajaib ini jika dibandingkan dengan 262.7 mata pada tahun murung 1998. Apa yang lebih menggalakkan ialah pemangkin kepada anjakan besar ini ialah penyertaan pelaburan asing yang merupakan terjemahan keyakinan mereka kepada institusi ekonomi dan pasaran modal negara. Malah berdasarkan peningkatan yang telah dicatatkan, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk sasaran 1,350 mata direalisasikan, lebih-lebih lagi dengan pembelian saham oleh pelabur tempatan yang mula ‘beraksi’ dalam pasaran modal mengikuti jejak langkah institusi pelaburan gergasi antarabangsa yang melihat Bursa Malaysia (BSKL) sebagai destinasi paling polular pada tahun 2007 dengan volume atau jumlah perdagangan yang paling tinggi dalam sejarah BSKL.
BSKL tidak dilihat sebagai pasaran yang terlalu ‘mahal’, malah beberapa penganalisis pasaran modal berpendapat bahawa ada banyak lagi ruang untuk indeks komposit BSKL meningkat dalam masa yang terdekat. Angka-angka lain juga agak menakjubkan. Jumlah perdagangan bagi tahun 2006 satu trilion ringgit, jelas membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai daya saing sebagai negara perdagangan. Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan FDI juga tetap kukuh dengan permohonan pelaburan yang meningkat berbanding dengan tahun lepas. Kadar inflasi terus dikawal dan ini menyebabkan Bank Negara tidak menaikkan kadar faedah untuk membuka ruang kepada sektor swasta meningkatkan lagi pelaburan dan perbelajaan supaya ekonomi negara tidak terlalu bergantung kepada perbelanjaan kerajaan.
Namun, apakah peningkatan BSKL dan angka-angka eknomi yang lain ini satu peningkatan yang mandiri? Bagaimana pula dengan tanggapan sistem kerajaan yang dianggap lembap dan birokratik? Sememangnya seperti tahun lalu, ketika kerajaan sedang berpeluk tubuh dan tidak menang tangan berusaha untuk memastikan agar perancangan dan pelaksanaan RMK-9 dapat dijalankan dengan berkesan, banyak suara pesimis lantang mengecam bahawa penurunan kedudukan Malaysia dalam ranking kompetitif dunia adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam menguruskan negara. Namun, ke manakah perginya suara-suara lantang itu tahun ini apabila laporan yang sama melaporkan bahawa Malaysia berjaya meningkatkan kedudukan sebanyak lima anak tangga, dari tangga ke-28 ke tangga ke-23? Bagaimana mungkin suara yang begitu lantang mengkritik dulu, senyap membisu di kala ini?
Saya kira, penyumbang terbesar kebisuan ini adalah kerana laporan tersebut turut menyebut bahawa peningkatan ini berpunca daripada keberkesanan usaha kerajaan dalam membaik pulih sistem agar sistem penyampaian sektor awam yang lebih berkesan dapat diberikan. Walaupun perubahan positif ini menampakkan kejayaan, jelas kerajaan masih tidak berpuas hati dan masih terus aktif untuk melonjak ke hadapan. Kenyataan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini yang mengatakan bahawa Pemudah sedang berusaha untuk mencari jalan pintas bagi mengatasi masalah birokrasi dan kesesakan, sekali gus memperbaiki sistem penyampaian sewajarnya dijadikan sebagai penanda bahawa kerajaan yang ada sekarang, komited dalam mengatasi masalah legasi berkaitan sistem penyampaian kerajaan, masalah yang telah sekian lama diwarisi.
Kita juga melihat perkembangan yang positif di atas pentas global. Kedudukan China sebagai sebuah kuasa besar ekonomi merupakan satu hakikat yang tidak boleh disangkal lagi. Setelah China membuka pintu ekonominya kepada dunia luar, pelabur dari seluruh dunia memperuntukkan begitu banyak masa, modal dan tenaga untuk menjayakan perniagaan di negara yang mempunyai pasaran terbesar di dunia. Bayangkan persaingan merebut peluang yang terpaksa negara kita hadapi berbanding gergasi-gergasi luar yang mempunyai teknologi, dana dan kepakaran yang jauh lebih tinggi. Pastinya ramai yang menjangkakan kita akan ketinggalan. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Grant Thornton menunjukkan, syarikat Malaysia hanya ketinggalan dengan Hong Kong (yang sebenarnya merupakan sebahagian dari China) dari segi limpahan impak positif hasil kemewahan ekonomi China. Wawasan dan pendekatan-pendekatan awal kerajaan untuk menjalinkan hubungan erat dengan negara China bagi mempelbagaikan perdagangan dan mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat telah memberi batu loncatan kepada sektor korporat kita untuk mencuba nasib di negara China.
Pada masa yang sama, ada juga desas- desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga tol dan sebagainya. Namun, bukankah peningkatan itu merupakan harga sebuah negara yang membangun dengan sumber asli yang terhad kerana realitinya, apakah yang datang dengan percuma? Tambahan pula, bukankah sesuatu yang wajar diterima jika kenaikan harga tersebut berpunca daripada pengurangan subsidi, agar wang kerajaan dapat diperuntukkan kepada perkara-perkara yang lebih memerlukan, yang lebih bersesuaian seperti pembinaan sekolah, hospital dan jalan-jalan kampung di kawasan pedalaman? Dan perlukah kita terus mengecam dan mengkritik sedangkan Malaysia masih merupakan negara yang paling murah untuk didiami?
Hakikatnya, ini bukanlah retorik yang tidak berasas. Inilah hakikat yang terbukti hasil kajian yang dilakukan oleh UBS, sebuah bank bertaraf dunia. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar termurah untuk didiami berbanding 71 bandar-bandar utama yang lain. Ini menunjukkan walaupun kerajaan berani untuk mengurangkan subsidi dan menerima pelbagai cemuhan, Malaysia masih lagi merupakan negara yang paling murah dari segi kos sara hidup.
Beberapa laporan terkini yang dikeluarkan baru-baru ini juga turut memperlihatkan kejayaan penyusunan semula Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Sudah tentu keputusan penyusunan semula ini akan mengambil masa yang panjang, tetapi tahap kewangan GLC seperti Bumiputra- Commerce Holdings Bhd., yang berjaya meningkatkan modal pasarannya dari RM2.29 bilion pada tahun 1998 kepada RM31.52 bilion, mencerminkan kejayaan usaha ini. Peningkatan yang dicatakan bukan dari aspek modal pasaran sahaja. GLC seperti Malayan Banking Bhd., pula berjaya mencatakan keuntungan sebanyak RM4.3 bilion berbanding dengan RM553.3 juta pada tahun 1998.
Sudah tentu proses penyusunan semula ini akan mengambil masa. GLC seperti Proton masih belum mencapai tahap optimalnya tetapi berkat tindakan kerajaan membenarkan Proton berunding dengan pembuat kereta asing akan memberikan keyakinan kepada pelabur bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini bukan sekadar menanam tebu di bibir mulut.
Bak kata pepatah, kalau tiada rotan akar pun jadi. Kalau sudah terdesak dan kekurangan modal, apa sahaja pun jadi. Masih ada juga segelintir pihak yang cuba meracuni fikiran umum bahawa kononnya, angka-angka kejayaan ekonomi ini merupakan sesuatu yang direka-reka dan kemudiannya digembar-gemburkan untuk tujuan politik. Persiapan pilihan raya umum kononnya akan diadakan dalam masa yang terdekat. Tetapi sebagai rakyat yang bijak dan rasional, pastinya kita sedar bahawa bagaimana mungkin fakta dan data ini dibuat dan direka-reka. Sesungguhnya, angka BSKL merupakan proksi terbaik sentimen pelabur, baik tempatan mahupun asing, bagi melihat nilai pelaburan di negara kita.
Tiada siapa yang menafikan bahawa masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, bahawa jalan menuju kejayaan itu masih perlu terus diredahi. Kita masih jauh untuk berasa berpuas hati. Namun, dalam kita merentas liku-liku perjalanan dan perjuangan ini, kita perlu mengakui hakikat, memberikan pengiktirafan kepada yang selayaknya. Hakikatnya, indikator ekonomi, indeks kompetitif antarabangsa dan semua kejayaan-kejayaan lain yang kita peroleh tidak datang bergolek, tidak muncul dengan sendiri. Ianya menuntut perancangan dan pelaksanaan yang bijak dan teliti serta dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Yang pasti, ia menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul dan mengapa tidak kita mengakuinya.
- PENULIS ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Bravo to all the cock & bull & being written here!
Sad to see Malaysians not accepting the facts that you are living because of non-malays and subsidies from the so called fair government which only take care of their own - malays (please do not call yourself bumis unless you are the aborigines from the jungle).
Chinese are wealthy because they work 100% more than your lazy ass. They live on their own and not on your incentives. Nothing was given anyway.
Cut the story short, face the fact and dance to the rhythm. Without the non-malays, you are nothing just as Dr M said before he stepped down from UMNO.
(You do not even have your own culture and language, the bahasa has been copied from many such as the Portuguese, Spanish, Tamil etc.)
By the way, tuan is Chinese! Wake up, you are living under the helm of 1Malaysia - 1Murderer!
Post a Comment
<< Home