Tuesday, November 28, 2006

Petikan komen pembaca dari blog Sang Kelembai

Assalamualaikum-dari sehari ke sehari makin terserlah kemungkaran yg Pak Lah lakukan.Alhamdulillah inilah berkat doa semua ahli UMNO sejati dan seluruh rakyat Malaysia yg telah dianiaya oleh Pak Lah and family.Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita semua dgn membuka pekung di dada Pak Lah satu persatu.Jelaslah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Penyayang kpd kita semua.Dibukakan pekung di dada Pak Lah supaya bagi kita semua mengambil tindakan yg sewajarnya dan terhadap Pak Lah pula, supaya beliau bertaubat segera.TAPI sayang Pak Lah nama shj berketurunan alim ulama, tapi tidak mempunyai ciri dan mengamalkan kebijaksanaan sebagai seorang yg berketurunan ulama. Kalau setakat berdoa dan mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran semasa berucap-sesiapa pun boleh buat. Sekarang ini budak sekolah rendah pun dah ramai yg khatam Al-Quran.Persoalannya sekarang apakah kita semua yg menyedarinya hanya melihat sahaja kemungkaran tsb berterusan. Sama-samalah kita renungi peranan kita. Sebelum ini saya pernah mencadangkan kpd sdr Zaharin supaya membuat pengundian melalui internet mengenai sesuatu isu mengenai kepimpinan negara sekarang ini. Sekarang ini saya mencadangkan kpd sdr Zaharin dan saudara2 pemilik blog yg lain supaya bersatu tenaga dgn TDM dan menubuhkan satu NGO yg khusus mendedahkan kemungkaran Pak Lah. Dgn penubuhan tsb diharap penentangan kdp Pak Lah akan lebih tersusun dan berdaya saing lagi. Penubuhan NGO tsb adalah teramat perlu krn MT UMNO yang sememangnya "EMPTY" tidak boleh diharapkan lagi dan tidak berdaya langsung utk menasihatkan dan merubah Pak Lah. Ini kerana semua keris dan tombak yg menjadi senjata Panglima dan juak hulubalang dlm MT UMNO menjadi lebur setelah mendapat imbuhan dari kelulusan projek yg diberikan oleh dan yg diharapkan dari Pak Lah dan menantu kesayangannya KJ. Keputusan membina Istana baru pun juga jelas satu tindakan pembaziran wang rakyat. Jelas juga ia bertujuan utk mengkayakan Maya Karin bagi menutup mulut beliau mengenai hubungan rapat beliau dgn KJ.Apa gunanya Istana yg tersergam indah di Putrajaya. Yang jelas ianya menjadi Gajah Putih sbb tidak berpenghuni.Adalah lebih baik wang tsb disalurkan kepada pembangunan yg lebih bermanafaat kepada keseluruhan rakyat. Mengenai wang 3 juta bagi setiap bahagian walaupun ianya dapat membantu usahawan bumiputra tapi jelas ianya adalah sejenis sogokan. Oleh itu satu lapuran BPR perlu dibuat supaya satu siasatan terperinci dapat dijalankan. Kita tengok sama ada kata-kata Pak Lah bahawa "BPR tidak memilih bulu dalan mengambil tindakan" akan menjadi kenyataan atau hanya setakat kata-kata kosong pemimpin Islam Ada Had Ada Hari sbb dah terkena ke muka sendiri. Sebab itulah agaknya Mat Said MP Jasin sebelum ini berani bermaharajalela di Melaka sebab dia tahu Bos Besarnya lebih dahsyat daripada dia.Kepada KP BPR, ingatlah anda memikul amanah yg besar kepada Allah dan bukan kpd Pak Lah. Keluarkanlah satu surat "Tunjuk Sebab" kpd Pak Lah mengenai kekayaan yg beliau dan ahli keluarga beliau perolehi dlm tempoh hanya 3 tahun memerintah, sepertimana surat "Tunjuk Sebab" yg anda telah keluarkan terhadap kakitangan awam yg lain. Saya percaya anda mampu dan mempunyai kuasa utk berbuat demikian di bawah undang-undang rasuah yg sedang berkuat kuasa skrg ini. Jgn hanya berani mengambil tindakan terhadap ikan bilis sahaja tetapi tidak berani jika melibatkan ikan jerung dan paus. Wassalam.
10:59 AM

Wednesday, November 22, 2006

ROBOT DALAM UMNO

Gegak gempita segala balaci dan kaki ampu badawi apabila mukhris mengeluarkan pendapat peribadinya terhadap ucapan dasar presiden sebagai ” Nothing new “kebanyakan nya adalah sama spt tahun lepas”. Begitulah maksum dan riaknya firaun hadhari ini sehinggakan memberi pendapat atas ucapannya pun merupakan satu dosa besar yg tidak boleh diampun, begitu jahilkah firaun ini? tidakkah ia mengetahui junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W itu pun ada masanya menyatakan hal-hal keduniaan merupakan pendapat peribadinya,dan mereka lebih mengetahui urusan-urusan keduniaan mereka.

Dimanakah ketelusan,kebebasan,transperancy yg dilaung-laungkan oleh firaun ini,mukhris hanya baru mengulas belum lagi mengkritik atau menentang ucapannya bayangkanlah jika sebaliknya yang terjadi,barangkali hilanglah segala akal firaun ini dan sekalian tukang kipasnya lalu menjadi orang tidak siuman adanya.

Apa adakah lagi kemanusiaan dalam diri ahli-ahli umno sekarang ini atau mungkinkah kebanyakan mereka yang menobatkan diri mereka sebagai tukang ampu dan tukang kipas firaun hadhari lantaran menjaga isi perut sendiri telah rela menukarkan diri-diri mereka menjadi ROBOT dan HAMBA ABDI kpd firaun dan lebih malang lagi kpd Qarun Khairy yg masih mentah dan berhingus itu …sungguh hina dan memalukan sekali.

Disini saya mengambil kesempatan untuk menyeru semua ahli umno dan para pembaca yg budiman supaya bangkit dari tidur dan tidak terpukau lagi dgn kelembutan penuh muslihat firaun hadhari. Bangkitlah dgn nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamatkanlah diri mu dan ahli keluarga mu, agama,negara dan bangsa mu dari cengkaman firaun ini dan penasihat tamaknya Qarun Khairy…Mereka ini tidak pernah sekelumit pun memikirkan nasib kita rakyat marhain, apa yg difikir dan dicita-citakan oleh mereka siang dan malam hanyalah bagaimana utk memunggah segala hasil mashul negara ini sebanyak mungkin sebelum kerajaan palsu mereka ini dimusnahkan oleh Tuhan yg Maha Berkuasa.

 

Wednesday, November 15, 2006

FIRAUN HADHARI & MONDAY 13


Adakah apa-apa peristiwa yg bakal berlaku dgn pemilihan tanggal 13hb utk perhimpunan agung Umno ini oleh Badawi?. Mungkinkah Monday 13 akan menjadi satu nightmare keatas kerajaan firaun hadhari, kerana mulut celupar firaun ini telah mengucapkan kata-kata bahawa dia bukanlah PERDANA MENTERI SATU PENGGAL DAN JANGAN MENGUJI KESABARANNYA. Disini telah terserlah ketakutan sebenar firaun ini iaitu terhadap bayang-bayangnya sendiri. Firaun hadhari ini sebenar-benarnya tahu bahawa tempoh pemerintahannya telah sampai kepenghujung.Lantaran rasa takut dan fobia yg teramat,maka terlontarlah kata-kata yg kurang siuman spt diatas dari mulut dan lidahnya yg telah sebati dgn pembohongan,pendustaan dan kata-kata ucapan yg merapu.

Monday 13 bakal menyaksikan saat-saat akhir kejatuhan kerajaan firaun hadhari dan harus diterima sebagai perhimpunan agung Umno terakhir utk firaun ini.Kemudian selepas itu bermulalah episod bala yg bakal diterima oleh firaun ini,kaum kerabatnya,balaci-balaci dan tukang kipasnya..Gelombang kemarahan rakyat ini bakal diterjemahkan sebagai bala dalam pilihanraya umum dgn menidakkan undi kpd BN.

P/s : Ucapan “SAYA BUKAN PERDANA MENTERI SATU PENGGAL”merupakan kemuncak kesombongan firaun hadahari dan seolah-olah telah mengaku bahawa dia bukan saja maksum tetapi telah setaraf dgn TUHAN, kerana dia telah tahu apa yang akan berlaku dimasa depan…Walhal selama ini dia terkenal dgn kata-kata saktinya “SAYA TAK TAHU”.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

12:47 PM

Thursday, November 09, 2006

BADAWI DERHAKA

Perkembangan2 mutakhir yg berkaitan firaun hadhari semakin lama semakin menarik.Terbaru adalah adalah betapa murkanya Sultan Johor kpd firaun ini apabila sewenang2nya dikaitkan seolah-olah baginda menyokong firaun ini dlm konfliknya dgn Mahathir.Walhal semasa baginda menjadi yg dipertuan Agung, mahathir adalah seorang Pm yg amat beliau sayangi sehingga dipanggil mamanda oleh baginda biarpun semasa berlakunya krisis perlembagaan. Kemurkaan sultan Johor ini meledak semasa perasmian projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga dgn menitahkan tambak Johor harus diroboh demi kemajuan Johor.Titah Sultan Johor ini merupakan satu pukulan TKO kepada firaun hadhari ini, tetapi seperti yg diduga respon firaun hadhari yg telah sebati dgn sikap SOMBONG,ANGKUH LAGI BONGKAK ini menegaskan bahawa tambak Johor tetap akan dikekalkan.( demi untuk kepuasan egonya.)



Jika dahulu mahathir mengadap raja2 melayu dgn sembah derhaka (utk mengubah perlembagaan) tetapi semua itu adalah demi kebaikan rakyat dan sistem beraja sendiri sehingga difahami dan diperkenan oleh semua raja-raja melayu. Tetapi hari ini firaun hadhari ini melontarkan kata-kata derhaka kpd seorang raja yg titahnya merupakan hasrat dan isihati rakyat negerinya. Mungkin semua ini merupakan detik-detik akan tumbangnya firaun hadhari dlm masa terdekat,kalau semua ini sitakdirkan berlaku apakah hukuman yg layak utk sipenderhaka ini, jika zaman dahulu tidak ada hukuman yg layak utk sipenderhaka melainkan mati, sementara tapak rumahnya akan dibongkar dan dicampakkan kelaut.Maka dalam kes firaun hadhari Badawi dan penasihatnya Qarun Khairi maka dirasa hukuman yg sama adalah masih relevan memandangkan kerosakan dan kemudharatan yg telah dilakukan keatas rakyat dan negara ini,Cuma tapak rumahnya haruslah dikorek dan dihumbankan keselat teberau sempena perasmian robohnya tambak Johor.

 

Saturday, November 04, 2006

KESOMBONGAN,BONGKAK LAGI ANGKUH

 KESOMBONGAN,BONGKAK LAGI ANGKUH sudah menjadi trade mark PM abdullah bin ahmad ini.Bagi mereka2 yg mempunyai pandangan yg menembus dan memiliki firasat yg tinggi keperibadian abdullah yg kotor dan menjijikkan ini bukan lagi sesuatu yg boleh disembunyikan dgn senyuman hipokrit dan riak wajah simpati yg penuh kepura-puraan.Abdullah sekarang ini sebagaimana yg dinyatakan oleh mahathir adalah seorang individu yg telah hilang sikap malu..sudah hilang malu terhadap cakap2 bohong yg sering terlontar dari mulutnya,begitu riak dgn pujian2 palsu yg disumbatkan ketelinganya saban hari,sudah lali dan tertutup hatinya dari menerima teguran2 dan nasihat2 yg benar sebaliknya begitu jengkel dan marahnya ia akan nasihat2 yg sebegitu. Abdullah ahmad badawi sebenarnya seorang pemimpin yg tertipu dgn ilusi-ilusi yg diciptakan oleh para pengampu beliau,ilusi2 yg mengatakan beliaulah shj yg benar, arifbillah,yg cemerlang,gemilang dan terbilang..sedangkan pengampu2 yg hanya memikirkan isiperut sendiri ini akan ketawa terbahak2 melihat arifbillah ini khayal sampai terlelap memudahkan pengampu2 ini merompak dan menjarah segala hasil mashul negara.Wahai umat..sedarlah kita sekarang ini sedang ditimpai bala oleh Allah dgn dianugerahkan pemimpin spt Abdullah bin Ahmad ini..bala kerana kita mudah lupa

LARANGAN MENGKRITIK





Oleh Dr Mahathir Mohamad

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.
Hari ini saya diberitahu majlis NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.
Perkida Johor juga diarah supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.
Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.
Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk seseiapa mengkritik kerajaan ditutup.
Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.
Jangan kritik.
Kalau nak kritik keluar dari parti.
Semua mesti akuar kepada Pak Lah.
Jika tidak buang jawatan.
Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?
Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak menganggu sesiapa yang ingin dengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.
Percayalah apabila pemimpin tidak boleh ditegur dia akan salahguna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.
Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.
Berani kerana benar.
Takut kerana salah.
Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.
Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.


Sekian,


Dr Mahathir Mohamad

3 November 2006

 

Wednesday, November 01, 2006

Dr mahathir adalah seorang pejuang

Dr mahathir adalah seorang pejuang,prinsip perjuangannya mudah "kebenaran"itulah paksi pejuangannya dari dulu hingga sekarang.tapi sebagai seorang pejuang yg telah meniti usia senja kekuatan dan kecekalan jiwanya juga akan susut selari dgn kelanjutan usianya.Sejak akhir2 ini kelihatan seolah2 pejuang yg bernama mahathir ini telah mula merelakan melayu2 yg mudah lupa ini bertambah alpa dan sesat hanyut tanpa arah menentukan nasib sendiri,mahathir seakan hampa utk menyelamatkan melayu yg mudah lupa ini dari menjadi mangsa pelahap2 rakus yg bertopengkan sebagai pemimpin dan penyelamat melayu,walhal sebenarnya adalah individu2 munafik yg dipenuhi sifat tamak haloba ,rakus dan gelojoh,sombong dan bongkak,bermuka2 dgn sifat riak dan nifak..inilah wajah2 yg membarisi kebanyakan pemimpin umno sekarang dgn tunjangnya Firaun hadhari dan penasihatnya Qarun khairi.Mala petaka apakah ini..dgn kendurnya mahathir dari perjuangannya dan kerelannya utk dipecat sebagai penasihat atau digantung keahlian bahkan dipenjara sekalipun..maka lengkaplah bencana yg bakal ditimpakan oleh Tuhan keatas umat ini..umat melayu yg mudah lupa